Setiap
pertemuan ada perpisahan. Setiap kesedihan, pasti ada kebahagiaanya. Setiap
perit dan sakit yang aku rasa, aku tahu akan berbalas dengan nikmat yang tidak
terhingga dari Allah SWT. Jika perpisahan itu sudah ditakdirkan, aku redha dan
aku tetap disini. Mahu membesar dengan baik. Mahu membuatnya bangga. Mahu
menyayangi dia. Dan mahu tetap berada disisi sehingga ke akhirnya.
Sedih
pasti menusuk sekali sekala, tatkala memori bermain di minda, sakit itu ada.
Titisan air mata itu tanda aku rindu. Titisan air mata itu tanda aku tidak
percaya. Titisan air mata itu tanda aku mahu semua jadi seperti dulu. Tapi mana
mungkin. Untuk itu, aku tetap tabah. Dan mendoakan yang terbaik untuk keduanya.
Kasih dan
sayang aku tetap sama. Tidak berubah. Tiada yang lebih, tiada yang kurang. Kita bukan berpisah, cuma dijauhkan jarak. Semoga kita diberi kekuatan oleh Nya. Semoga Allah memelihara hati kita. Biar fizikal jauh, tapi hati kita dekat.
0 said something:
Post a Comment