BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Clip Art Clip Art Clip Art Clip Art Clip Art Clip Art Clip Art

Tuesday, July 3, 2012

Subahanallah


Malam ni lain betul rasanya. Entah kenapa. Dalam fikiran aku terfikir fikir, macam mana kalau ajal aku datang esok? Masa mama tengah drive, mungkin? Atau mungkin masa nak naik ktm jalan jalan dengan sahabat tersayang? Bertaubat belum lagi. Dosa memang dah keliling pinggang, dah mencecah tahap kaki dah agaknya. Solat tidak dijaga dengan baik, mana tau solat tak dilakukan dengan baik tapi aku main bedal je? Hutang orang, kalau ada, aku mungkin belum bayar, dah la aku ni kepala otak mereng tak pernah nak ingat berhutang dengan siapa. Ha macam mana tu? Dosa dosa dengan manusia lagi, tak sempat nak mintak maaf. Mama nanti macam mana? Mesti rindu dekat aku. Ayah siapa nak jaga pakai dengan minum?

Macam mana nak berdepan dengan yang berkenaan bila dalam kubur nanti? Macam mana dengan dosa dan solat yang pernah ditinggalkan?

Subhanallah.

Banyak betul benda yang aku nak cakap tapi sedikit pun tak dapat diluahkan. InsyaAllah, selagi masih bernyawa masih bernafas, lets all of us seek for Allah's bless. Gunakan setiap waktu dengan baik, setiap nafas yang kita hirup dan keluarkan. Hidup kerana nak carik keredhaan Allah. Mari bersama-sama berubah menjadi lebih baik. Tak kira kita jahat macam mana pun, tak kira sedasyat mana pun masa lalu kita, Allah tetap ada dan terima taubat dari hamba-Nya. Have faith and trust him.

When Allah is all you've got, you've got all you need.






thanks for reading (:

0 said something:

Clip Art Clip Art Clip Art Clip Art Clip Art Clip Art Clip Art