BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Clip Art Clip Art Clip Art Clip Art Clip Art Clip Art Clip Art

Thursday, January 17, 2013

Alhamdulillah


Aku jarang mengingatimu ya Allah, namun kau tetap berikan aku kebahagiaan yang tak terhingga. Bersyukurnya aku ya Allah :') Harini adalah antara hari hari yang dipenuhi dengan kebahagiaan. Alhamdulillah, alhamdulillah ya Allah. Bibir dan hati ini masih belum boleh berhenti dari memanjatkan kesyukuran kepada-Nya. Dengan segera aku khabarkan kepada kedua ibu bapaku, kepada adik-adikku, dan si ‘dia’. Berterima kasih atas segala pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk seorang budak yang suka buat masalah ni. Hihi. Tidak lupa juga kepada rakan rakan yang bertanya dan kucing kesayangan. Eh? ;)
You have to work hard and smart. Struggle. And never forget Allah and your family, as they're always there for you through easy and hard times. Be grateful for whatever you have in your life. Good luck guys. May Allah bless you :*






thanks for reading (:

Monday, January 14, 2013

Sedih



Setiap pertemuan ada perpisahan. Setiap kesedihan, pasti ada kebahagiaanya. Setiap perit dan sakit yang aku rasa, aku tahu akan berbalas dengan nikmat yang tidak terhingga dari Allah SWT. Jika perpisahan itu sudah ditakdirkan, aku redha dan aku tetap disini. Mahu membesar dengan baik. Mahu membuatnya bangga. Mahu menyayangi dia. Dan mahu tetap berada disisi sehingga ke akhirnya.

Sedih pasti menusuk sekali sekala, tatkala memori bermain di minda, sakit itu ada. Titisan air mata itu tanda aku rindu. Titisan air mata itu tanda aku tidak percaya. Titisan air mata itu tanda aku mahu semua jadi seperti dulu. Tapi mana mungkin. Untuk itu, aku tetap tabah. Dan mendoakan yang terbaik untuk keduanya.

Kasih dan sayang aku tetap sama. Tidak berubah. Tiada yang lebih, tiada yang kurang. Kita bukan berpisah, cuma dijauhkan jarak. Semoga kita diberi kekuatan oleh Nya. Semoga Allah memelihara hati kita. Biar fizikal jauh, tapi hati kita dekat.






thanks for reading (:

Clip Art Clip Art Clip Art Clip Art Clip Art Clip Art Clip Art